undefined
undefined
Md Zulaimi Kazin
Kopi JANDA akan memberi Hadiah Sebanyak RM5,000 seorang kepada wakil rakyat Kelantan yang kahwin dengan Janda.

Sebagai tanda sokongan terhadap cadangan YB Wan Ubaidah (Exco Kelantan) semasa perbahasan di sidang DUN Kelantan baru-baru ini, Janda Product Marketing selaku pengeluar dan pengedar produk Kopi JANDA menawarkan hadiah RM5,000 kepada ahli Yang Berhormat di Kelantan yang berkahwin dengan janda dalam negeri Kelantan.

Kami cukup gembira dengan saranan ini kerana dari sudut Islam, sesiapa yang ingin berpoligami digalakkan mengahwini janda. Wan Ubaidah yang juga pengerusi jawatankuasa wanita, keluarga dan kesihatan Kelantan memberitahu sidang DUN, bahawa langkah itu dapat membantu ibu tunggal di bawah usia 60 tahun di negeri itu, yang kini lebih 16,500 orang.

Kami harap perkara ini dipandang serius dan jangan ada mana-mana pertubuhan NGO yang cuba mempertikaikan cadangan yang baik ini termasuk dari Pergerakan Wanita MCA. Kenyataan Datin Paduka Chew Mei Fun yang dipetik dalam akhbar Utusan Malaysia semalam adalah tidak tepat. Anugerah yang dicadangakan oleh YB Wan Ubaidah adalah sebagai satu simbol menggalakkan lelaki yang ingin berpoligami suapaya memilih janda. Kenyataan Ketua Wanita MCA yang menyatakan usaha ini tidak membantu bahkan lebih mwujudkan banyak penyakit baru hanyalah andaian beliau sahaja sedangkan sesiapa yang memilih janda untuk tujuan poligami adalah untuk membela nasib janda dan anak-anak mereka, secara tidak langsung lelaki yang mengahwini janda telah memainkan tanggungjawab sosial. Jangan usaha ini seolah-olah kita melangkah ke belakang. Apa kajian yang Wanita MCA telah buat sehingga mudah mengeluarkan andaian yang cukup prejudis ini? Tetapi kita harap lelaki yang ingin bepoligami ini mestilah mampu dari segi kewangan dan kepimpinan agar janda dan anak-anaknya betul-betul terbela.

Sekali lagi Kopi JANDA ingin tegaskan hadiah RM5,000 kepada wakil rakyat di Kelantan yang menyahut cabaran Ecxo tersebut dan mana-mana wakil rakyat yang berminat atau berhasrat menyahut cabaran tersebut boleh hubungi saya di talian 017-5353007 (Zulaimi).
undefined
undefined
Md Zulaimi Kazin
Nasib Janda. Itulah ungkapan apabila tersiarnya berita betapa marahnya Datuk Azizah Mohd Don apabila saya meletakkan nama produk keluaran syarikat saya dengan nama Kopi Janda. Apa cerita yang dia begitu melenting dan marah sehingga minta supaya pakar bahasa mengkaji samada boleh kah tidak perkataan janda dijadikan jenama produk.

Pemimpin selalu sebut perlu berfikiran terbuka dalam menghadapi globalisasi. Selaku pemimpin Wanita UMNO yang bertaraf menteri di Sabah, masih lagi berfikiran primitif dan tidak berfikiran terbuka. Persoalanya sekarang apakah perkataan "Janda" itu menghina dan mengguris hati si isteri yang kematian atau ditinggalkan suami? Kalau itulah maksudnya, bagaimana pula dengan buku-buku agama samada yang digunakan di sekolah atau kitab bacaan umum meletakkan status Sayiditina Khadijah RA sebagai janda, apakah itu menghina isteri Baginda? Mengapa perlu seorang pemimpin Wanita UMNO yang menguasai pemerintahan negara masih sibuk dengan persoalan nama "Kopi Janda" daripada memikirkan keadaan anak-anak janda yang terbiar ketika ibu mereka terpaksa keluar bekerja untuk menampung nafkah seharian keluarga. Pernahkah mereka membuat kajian terperinci melalui guru-guru kaunseling tentang keadaan anak-anak janda di sekolah-sekolah yang rata-rata tanpa pemantauan mana-mana pihak semasa di rumah dan inilah sebenarnya delema seorang janda. Mereka terpaksa memilih untuk keluar bekerja bagi memastikan anak tidak kebuluran walaupun natijahnya anak terbiar di rumah antara selepas waktu persekolahan dan waktu ibu pulang dari kerja. Persoalan ini timbul kepada janda yang berpendapatan rendah sebab mereka yang berpendapatan tinggi boleh mengatur anak-anak mereka ke pusat jagaan sementara. Persoalan ini bukan perkara remeh sebab sedikit sebanyak kalau tidak ditangani akan menyumbang kepada masalah sosial dan nasib janda ini bertimpa-timpa. Sekali lagi saya nak tanya, pernahkah Datuk Azizah dan Wanita UMNO yang mendukungi kerajaan dari merdeka lagi memikirkan jalan keluar kepada nasib janda?

Walau apapun serangan yang dibuat oleh Datuk Azizah malah wanita UMNO, saya tetap mempertahankan nama produk saya "Kopi Janda". Pertama; nama "Kopi Janda" melambangkan ketabahan dan kecekalan seorang wanita yang mengemudi keluarga secara bersendirian. Dia cekal menampung keperluan, Dia cekal menghadapi fitnah dan mehnah dan Dia tabah menghadapi kesengsaraan. Kedua; Janda ada disekeliling kita semua dan saya sendiri mempunyai kakak dan ibu mertua berstatus janda dan kalau saya meninggal dunia, isteri saya akan jadi janda. Tiada sebab saya untuk menghina janda. Ketiga; Islam memuliakan janda dan isteri Rasulullah sendiri hanya Sayiditina Aisyah RA sahaja anak dara yang lainya semua Janda. Dengan berkembangnya jenama "Kopi Janda" ini akan membuka fikiran mereka yang sentiasa memandang negatif terhadap janda.

Janda Produk Marketing (JPM) ada pelan jangka panjang untuk membantu janda. Dalam pelan yang dipanggil "Social Entrepreneurship Plan", kami akan melahirkan seramai mungkin usahawan dikalangan janda untuk mewujudkan "home industry" dengan ini janda tidak perlu keluar rumah untuk bekerja tetapi mereka boleh menghasilkan produk khususnya makanan di rumah dengan dibantu oleh anak-anak dan JPM akan pasarkan melalui rangkaian pemasaran "Kopi Janda". JPM bersedia bekerjasama dengan program-program kerajaan yang sedia ada dan mana-mana NGO yang sedang berusaha untuk membantu janda dengan menyediakan rangkaian pemasaran "Kopi Janda" untuk memasarkan produk. rangkaian pemasaran "Kopi Janda" yang digerakkan oleh stokis dan pengedar-pengedar JPM adalah kedai-kedai kopi dan kedai-kedai runcit. dalam tempuh 8 bulan pertama ini, JPM baru menguasai 40% rangkaian dan dijangka akan menguasai 70% ke 80% pasaran dalam tempuh setahun lagi atau mungkin lebih awal dari jangkaan berpandukan kepada kelajuan pasaran sekarang.

Sebaik sahaja JPM mencapai 70% pasaran, JPM akan memulakan produk-produk makanan lain yang diusahakan oleh janda. Kita kena banyak belajar dari bangsa lain bagaimana syarikat yang telah "establish" rangkaian pemasaranya akan membuka peluang kepada orang ramai untuk menghasilkan produk dan mereka yang akan pasarkan. Surirumah dapat menjadi usahawan pengeluaran hanya di rumah. Di Kelantan, pengusaha-pengusaha serunding hanya dirumah-rumah dan mendapat pulangan pendapatan yang lumayan. JPM (Janda Product Marketing) berharap suatu masa nanti akan menjadi nadi kepada perkembangan ekonomi ummah khususnya janda-janda dan sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah sosial yang semakin meningkat dan mengganas.

Saya ingin menghulurkan tangan bekerjasama dengan mana-mana kerajaan dan NGO yang membela nasib janda. JPM, KOPI JANDA; Bukan Nak Menggoda, Cuma nak Berniaga.
undefined
undefined
Md Zulaimi Kazin
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Nama Kopi Janda bukan bertujuan menghina maruah wanita tetapi sebagai satu pengiktirafan terhadap kehebatan dan kecekalan golongan tersebut mengharungi kehidupan. Pengurus Besar Janda Produk Marketing, Md. Zulaimi Kazin menegaskan, mengabadikan nama 'janda' pada jenama produk kopi keluaran syarikatnya itu sebenarnya sebagai satu cara mengangkat imej golongan tersebut supaya tidak terus dipandang negatif oleh segelintir masyarakat.
Katanya, ilham nama Kopi Janda tersebut diperoleh semasa mengadakan lampias minda bersama empat lagi rakan jurutera perunding beliau di Jitra, Kedah pada 2007.
Jelas beliau, nama Kopi Janda sudah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia sejak 23 Februari 2007 dan boleh digunakan sehingga 23 Februari 2017.
Menurutnya, perniagaan produk itu juga sudah diluluskan pendaftaran oleh Suruhanjaya Syarikat di bawah nama Janda Produk Marketing Disember tahun lalu.
''Bagi kami janda adalah simbol ketabahan, kecekalan, ketabahan dan kekuatan. Adalah tidak adil imej janda dilihat daripada sudut negatif semata-mata, sedangkan kebanyakan mereka sangat tabah menjaga keluarga.
''Oleh itu, tidak ada sebab untuk kami menarik nama 'Kopi Janda', sebaliknya akan tetap mempertahankan jenama kopi tersebut walaupun ada yang mempertikaikan,'' kata bekas jurutera perunding itu ketika mengunjungi ibu pejabat akhbar Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas teguran Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun semalam yang meminta nama Kopi Janda pada produk kopi tersebut dihentikan kerana ia tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara ini.
Menurut beliau, penggunaan nama itu jelas sekali tidak menjaga sensiviti kaum wanita.
Ujarnya, konotasi negatif seperti Kopi Janda sangat tidak baik terhadap kaum wanita yang telah bercerai.
Penggunaan nama itu, menurut Azizah, seolah-olah rakyat Malaysia ketandusan idea sehingga terpaksa menggunakan perkataan yang boleh menyinggung sesetengah pihak.
Mengulas lanjut, Md. Zulaimi berkata, sesuai dengan motto Kopi Janda Bukan Nak Menggoda Cuma Nak Berniaga, syarikatnya telah membuka peluang kepada usahawan wanita terutama golongan ibu tunggal menjadi agen menjual produk tersebut.
Katanya, beliau sedia memberi penjelasan kepada mereka yang mempertikaikan penggunaan nama tersebut supaya tidak disalahtafsirkan.
''Sebelum ini, memang ada wakil persatuan ibu tunggal mempertikaikan nama Kopi Janda, tetapi kami telah membuat penjelasan. Akhirnya mereka juga boleh menerima dan memahaminya,'' katanya.
Menurut beliau, Kopi Janda yang dipasarkan sejak Disember lalu mendapat sambutan daripada pengguna pelbagai lapisan masyarakat.
''Setiap bulan 10 tan metrik Kopi Janda berjaya dijual di pasaran oleh 13 stokis kami di seluruh negara,'' katanya.
Katanya lagi, Kopi Janda akan memasuki pasaran di Indonesia pada tahun depan bersama dengan beberapa lagi produk keluaran syarikatnya.
undefined
undefined
Md Zulaimi Kazin
Assalamualaikum. Saya Md Zulaimi Bin Kazin. Salam Pengenalan :)